Friday, June 11, 2010

iye tak semua runtuh

mungkin kau dah cukup segalanya. keluarga,iman,kawan yang mungkin sahabat kau. kau cukup sempurna dalam kehidupan ini,agar kau boleh bina lego untuk teruskan niat kau menggapai bintang di langit. tapi mungkin kau lupa. dalam setiap penahan kau dibawah mungkin ada yang memiliki senapang bukan. yang ada pisau, boleh menusuk tubuh kau pada bila-bila masa. kau mungkin tak nampak. tapi mereka yang nampak ini semua adalah kawan kau. kau tak pernah nampak apa yang ingin membunuh kau. tapi sebuah tin kosong nampak. tak mampu bersuara,lantas memerhati sambil menarik diri dalam membina perjuangan membina lego bersama. maaf, kau terlalu sempurna hingga aku tak mampu berkata-kata. percayakah kau kata-kata sebuah tin?

aku tak pernah menghalang kau membina lego setinggi mungkin. tapi mungkin aku bicara dan ingatkan kau yang kau perlu bina yang lebih kukuh,stabil. biar langkah perlahan. aku sedar tu. tapi sekurangnya masa untuk kita semua lama. dapat tahu hati budi masing-masing. ikut kehendak kau mahu saja menggapai bintang di langit bukan. ia,aku tahu matlamat kau. bahkan matlamat ramai orang. tapi fikirlah sebaiknya, bintang itu terlalu susah untuk dicapai. restu ramai orang perlu untuk semua ini. aku tak mahu kau hanyut dengan dunia lantas aku menarik tangan kau. sebab aku tau, kau masih belum sedar apa dari nikmat dunia. kufur segala rahmat. runtuhkan segala berkat. zalimkan apa yang kau dapat. aku tak rasa bersalah menarik kau jatuh, dari kau terus hanyut dalam jeram yang kau tak tahu sendiri akan ada batu besar yang bakal kau hadapi. tanpa kau boleh berenang ketepian dengan arus jeram yang laju.

aku tak pernah membina lego kawan. aku ada kehidupan aku sendiri. buat apa aku buat perkara yang sam dengan tujuan sama menggapai bintang di langit. lebih baik aku memandu kereta hot-wheels yang kecik. sederhana. murah bagi kau. tepi serba canggih buat aku. biar aku memandu hingga aku nampak garis penamat. bukankah itu tidak mustahil? iye,mungkin aku terpaksa menggerakkan sebuah kereta dengan bantuan aku. segalanya dari aku. bukan aku sombong. tapi aku sedar yang rakan seperjuangan lain jua ada permainan sendiri untuk diakhiri. aku hidup bukan untuk menagih jasa budi orang. aku tak nak orang ingat aku sebab dia pernah tolong aku. tapi aku nak orang ingat aku sebab aku pernah selamtkan nyawa dia dulu. alhamdullilah,aku dah separuh berjaya tentang itu. mungkin aku tak ganggu lego kau, sebab aku ada hot-wheels aku sendiri.

........................................................................................................................


mugkin kau sampah. tapi itulah makan kucing liar. berguna bukan. dapat jua kucing itu teruskan hidup.

mungkin aku sombong. tak pernah menoleh kebelakang untuk pinta bantuan kau. tidak memandang kau. mungkin aku sedar, bukan sahaja yang boleh diharapkan aku tahu, kau harapan sekolah. harapan cikgu. harapan untuk menjadi jutawan mungkin? tapi aku tahu, ada yang boleh mengajar aku. cukuplah sekadar aku tahu menjawab tak semua, tapi 4/5. walaupun aku tak tahu semua, aku bersyukur. mungkin aku yang tak diharapkan. tapi aku jua tahu aku boleh melakukan. bukan semua, tapi sekadar boleh berjaya kelak.aku kejar apa yang boleh, aku simpan apa yang aku dapat. aku bukan pemurah seperti kau. dapat beri apa yang ada. sebab aku tahu, aku belum cukup segalnya.

sementara akan kekal kalau kita tak de pergerakan lagi. mingkin kau boleh mulakan. tapi kalau aku, mungkin tidak.

ini kau sebenarnya

dan ini aku